Thursday, June 18, 2015

Cinta

Bukti sebenar cinta apabila kita menghargai orang yang kita cinta dengan perbuatan.
Agar ia rasa terselamat dan terhormat.
Di saat kita ingin melepaskan seseorang,
Ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dulu.
Di saat kita tidak merindukannya ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya.
Di saat kita mulai bosan dengannya ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.

Wednesday, June 17, 2015

Redha.

Kita tak boleh padam apa 
yang telah terjadi. 
Tapi kita sentiasa ada peluang 
untuk memulakan sesuatu 
demi masa depan.
Yang berlaku biarkan berlalu.
Apa yang kita pilih untuk jadi saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.
Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir. Hidup ni satu proses. 
Ya.
Mungkin awak terluka pada awalnya. Tapi pada akhirnya in shaa Allah, ia akan berbaloi.
Cinta macam proses membesar. Nak belajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh?
Dan akhirnya kita boleh juga buat kan? Berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti sakit.
.
Tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.
Impian yang kita simpan, biar padaNya, hanya padaNya.
Cari jawapan dalam setiap solat dan doa.
Sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.
.
Doa adalah cara untuk meminta Tuhan memelihara dan membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dan berbisik kepada Ilahi.
Sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.
Kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.
Yakinlah demi Allah, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia.
.
Walau pun jalan awak dan dia berbeza. In shaa Allah semuanya kerana Allah.
Datang dan pergi kerana Allah. Bertahan dan melepaskan kerana Allah.
Kuat dan tersenyumlah juga 
kerana Allah.. . .
Allahumma Solli'ala Saydina Muhammad.
.

Dulu-dulu boleh la cerita.

Friday, June 12, 2015

Aku tak ada perasaan,buat la apa-apa kat aku,aku akan pandang dengan tanpa perasaan,tolong la,aku malas fikir perasaan,apa yang orang buat kan aku,aku buat tak tahu,kadang tersentap aku buat tak tahu,hati jangan lah kau hitam bencikan orang,Allah tahu apa aku rasa,manusia tahu apa,tahu sakitkan hati tanpa perasaan.

Monday, June 1, 2015

Kawan.

Kadang aku giveup nak percayakan orang,zaman sekarang tak dapat bezakan mana permata mana batu,banyak sekarang kawan makan kawan mungkin dah tak ada apa yang nak dimakan lagi rasanya,banyak juga kawan yang time senang rapat,time susah pergi,biasalah manusia datang dan pergi,ada jugak kawan yang time bosan kita dicari,time happy kita dilupakan,ada juga kawan yang acah2 backup kita kat belakang macam sampah,sangat beruntung dapat kawan yg hargai kita,hargai la dia,kena ingat bayang-bayang pun tinggalkan pabila gelap apatah lagi manusia,kawan.

Sunday, May 31, 2015

Emm

Bila orang yang kau sayang tersesat dijalanan aikkk nope,bila orang yang kau fikir boleh jadi future father,dah pergi dan bahagia dengan orang lain,kau buat ? move on walau hati masih sayang? abaikan dan fikir ke hadapan? buat bodo hari2 keluar? stay enjoy? senyapkan diri? ahhhh jangan fikirin abang,jangan rasain abang emmm bai.